Cari:
Xi Jinping Hadiri Sidang Kemuncak Misi Pengaman PBB
2015-09-29 14:36:12 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menghadiri Sidang Kemuncak Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di ibu pejabat PBB di New York, dan menyampaikan ucapan.

Xi menyatakan bahawa keamanan adalah aspirasi dan iltizam seluruh umat manusia. Misi pengaman PBB bertujuan untuk mewujudkan keamanan dan menjadi saluran penting demi memelihara kedamaian dan keamanan dunia.

Xi menegaskan, China merupakan pendukung misi pengaman dan Piagam PBB serta Prinsip Dag Hammarskjold. Resolusi Majlis keselamatan PBB patut dilaksanakan dengan baik dan sistem tindakan misi pengaman patut dibaiki.

Di samping itu, beliau menegaskan, bantuan kepada negara-negara Afrika harus ditingkatkan agar negara-negara tersebut dapat meningkatkan keupayaan menjaga keamanan negara sendiri.

Pemimpin dan wakil dari lebih 70 negara menghadiri Sidang Kemuncak Misi Pengaman PBB tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China