Cari:
Xi Jinping Sertai Perbahasan Umum PBB ke-70
2015-09-29 11:59:57 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menyertai perbahasan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-70 di New York dan menyampaikan ucapan yang bertajuk "berganding bahu membina perkongsian yang saling menguntungkan".

Xi menegaskan, kedamaian, pembangunan, keadilan, demokrasi dan kebebasan merupakan nilai bersama seluruh umat manusia.

Pada masa ini, pelbagai negara saling bergantung, maka masyarakat antarabangsa harus mewarisi dan menyuburkan semangat dan prinsip Piagam PBB, mewujudkan hubungan antarabangsa yang berfokuskan kerjasama dan permuafakatan bestari serta membina komuniti yang berkongsi masa depan.

Xi mengumumkan, China akan membangunkan Yayasan Keamanan dan Pembangunan China-PBB yang bernilai USD 1 bilion untuk menyokong kerja-kerja PBB dan menggalakkan kerjasama pelbagai hala.

China akan menyertai mekanisme persiapan Misi Pengaman PBB yang baharu dan menubuhkan pasukan pengaman yang melibatkan 8000 anggota tentera.

Selain itu, China akan menyediakan bantuan ketenteraan yang bernilai USD 100 juta tanpa syarat kepada Kesatuan Afrika untuk membantu negara-negara terbabit menubuhkan pasukan tentera dan menangani pelbagai krisis bagi lima tahun akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China