Cari:
Gallup: Gejala Rasuah Berleluasa dalam Kongres AS
2015-09-29 14:26:06 CRI Cetak

Menurut hasil soal selidik oleh The Gallup Organization AS, 52 peratus responden menganggap gejala rasuah berleluasa dalam Kongres AS dan amalan tersebut sudah menjadi perkara biasa.

Manakala, 69 peratus responden berpendapat bahawa ahli kongres tidak mewakili kepentingan pengundi, sebaliknya mewakili kumpulan berkepentingan tertentu.

Dalam soal selidik terdahulu, warga AS akan memberikan penilaian yang lebih baik kepada ahli kongres dari negeri sendiri berbanding dengan ahli kongres secara keseluruhannya. Namun, dalam soal selidik kali ini, 47 peratus responden menyatakan bahawa ahli kongres mewakili kumpulan berkepentingan tertentu walaupun berasal dari negeri sendiri. Peratusan ini mencatat rekod tertinggi dalam sejarah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China