Cari:
Ukraine Larangkan Penerbangan Awam Rusia
2015-09-29 14:54:39 CRI Cetak

Syarikat Penerbangan Rusia, Syarikat Penerbangan Transaero Rusia, dan Syarikat Penerbangan Siberia Rusia menerima larangan penerbangan oleh kerajaan Ukraine semalam.

Penerbangan awam syarikat-syarikat tersebut dilarang memasuki atau melalui ruang udara Ukraine berkuatkuasa pada 25 Oktober nanti.

Sehubungan dengan itu, Setiausaha Penerangan kepada Perdana Menteri Rusia, Natalia Timakova menyatakan bahawa pihaknya telah menerima maklumat tersebut. Perdana Menteri, Medvedev telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan mengkaji dan mengambil tindakan seumpama itu ke atas syarikat penerbangan Ukraine.

Larangan penerbangan diumumkan oleh Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk. Beliau berkata, pihaknya telah mengenakan sekatan terhadap 25 syarikat penerbangan Rusia dan melarang kapal Rusia mengendalikan laluan Rusia ke Ukraine berikutan negara itu memberikan sokongan terhadap kumpulan militan di timur Ukraine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China