Cari:
Wang Yi:Lawatan Presiden Xi Amat Berhasil
2015-09-29 15:25:26 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan negara ke AS dan menghadiri Persidangan Kemuncak sempena Ulang Tahun ke-70 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 22 hingga 28 September lalu.

Selepas lawatan tersebut, Menteri Luar China, Wang Yi yang menemani Xi dalam lawatan beliau telah memberikan taklimat tentang lawatan Xi kali ini.

Menurut beliau, Presiden Xi telah mengadakan lawatan yang bersejarah pada saat yang penting ini.

Bersempena dengan ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Anti-Fasis Dunia dan penubuhan PBB, Presiden Xi mengadakan lawatan negara ke AS demi mewujudkan hubungan dua negara besar yang baharu, dan membina hubungan antarabangsa yang baharu dengan PBB, serta membuka tirai baharu dalam perkembangan hubungan China-AS dan hubungan antarabangsa.

Dalam tempoh tujuh hari tersebut, Presiden Xi menghadiri beberapa perbincangan dua hala dan pelbagai hala, berinteraksi dengan tokoh-tokoh daripada pelbagai sektor, dan menyampaikan amanat penting demi meningkatkan persefahaman dan kepercayaan serta mempergiat kerjasama dan menggalakkan keadaan saling menguntungkan dan situasi menang-menang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China