Cari:
John Kerry: Persahabatan AS-China Ditingkatkan
2015-09-30 13:26:40 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry mengutus kawat tahniah semalam sempena Hari Kebangsaan ke-66 Republik Rakyat China dan menyatakan bahawa rakyat AS dan China mempunyai hubungan persahabatan yang mendalam dan hubungan ini dipertingkatkan lagi ketika kedua-dua negara ini bersama-sama menghadapi cabaran Asia Pasifik dan dunia.

Kerry berkata, sempena ulang tahun ke-66 Hari Kebangsaan China, beliau mewakili Presiden AS, Barack Obama dan rakyat AS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh rakyat China.

Tambah beliau lagi, China dan AS adalah gandingan baharu yang telah mencapai kemajuan besar sepanjang tahun lalu.

Kedua-dua pihak telah memudahkan lawatan antara rakyat kedua-dua negara dan sedang berusaha bersama-sama untuk mengawal peluasan senjata nuklear demi keamanan dunia.

Di samping itu, AS dan China telah mencapai kemajuan dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menangani perubahan iklim. 

Kerjasama AS-China amat penting dalam menangani cabaran dunia dan kerjasama dua hala sentiasa dinanti-nantikan demi mencapai kemajuan yang baharu.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China