Jabatan Penerangan Kementerian Pengangkutan Rusia semalam menyatakan bahawa pihaknya akan melarang pesawat syarikat penerbangan awam Ukraine memasuki atau melalui ruang udara Rusia berkuat kuasa pada 25 Oktober nanti.
Ini merupakan tindakan balas atas larangan kerajaan Ukraine terhadap penerbangan awam Rusia.
Setakat ini, beberapa syarikat penerbangan awam Ukraine telah mengesahkan menerima maklumat tersebut.
Ukraine pada Isnin lalu mengumumkan keputusan melarang syarikat penerbangan awam Rusia memasuki atau melalui ruang udara Ukraine berkuat kuasa pada 25 Oktober nanti. Larangan ini berikutan Rusia memberikan sokongan terhadap kumpulan militan di timur Ukraine.