Cari:
Lawatan Xi Tingkatkan Tahap Hubungan China-AS
2015-09-30 16:55:54 CRI Cetak

Lawatan Presiden Xi Jinping ke Amerika Syarikat (AS) yang baru berakhir amat berhasil dan membantu meningkatkan hubungan dua hala China-AS ke satu tahap yang lebih tinggi.

Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke AS, Cui Tiankai dalam majlis sambutan ulang tahun ke-66 penubuhan Republik Rakyat China (RRC) semalam.

Menurut beliau, Presiden Xi dan Presiden Barack Obama telah mengadakan rundingan bagi membincangkan isu-isu hangat secara mendalam. Hal tersebut penting demi perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Selain itu, banyak persepakatan penting dalam pelbagai sektor dicapai dalam lawatan kali ini, antaranya termasuklah ekonomi dan perdagangan, sumber tenaga, sosiobudaya, sains dan teknologi, pertanian, penguatkuasaan undang-undang, keselamatan siber, pertahanan, penerbangan dan pembinaan infrastruktur.

Kedua-dua negara komited untuk mempergiat kerjasama dalam misi pengaman, bekerjasama mewujudkan pembangunan mampan, menjaga keselamatan produk makanan dan kesihatan awam dan bersama-sama menghadapi cabaran perubahan iklim global serta melaksanakan kerjasama inklusif di rantau Asia Pasifik.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China