Cari:
Serangan Udara Rusia ke atas IS di Syria
2015-10-01 14:22:32 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam menyatakan bahawa operasi ketenteraan Rusia di Syria hanya memberikan sokongan udara kepada tentera kerajaan Syria dalam usaha membanteras keganasan, Rusia tidak akan terlibat dalam operasi darat di negara itu.

Menurut berita yang disiarkan melalui laman web Presiden Rusia, Putin berkata, pihaknya telah menjelaskan operasi ketenteraan negaranya di Syria kepada negara-negara lain.

Tegas beliau, Rusia menyertai kegiatan antikeganasan di Syria berdasarkan permohonan Presiden Syria, Bashar al Asad dan mematuhi undang-undang antarabangsa.

Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov, pasukan tentera udara Rusia menghantar 20 pesawat untuk melancarkan serangan udara ke atas lapan sasaran darat kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

Sasaran serangan termasuk kelengkapan tentera, pusat komunikasi, alat pengangkutan, senjata dan gudang bahan letupan serta kemudahan menyimpan bahan bakar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China