Cari:
John Kerry: Serangan Udara Rusia ke atas IS Dialu-alukan
2015-10-01 15:19:40 CRI Cetak

Sekiranya serangan udara Rusia di Syria bertujuan untuk membanteras kumpulan militan Negara Islam (IS), maka Amerika Syarikat (AS) mengalu-alukan tindakan tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Negara AS, John Kerry semalam.

Namun, White House mendakwa, masih terlalu awal untuk memastikan sama ada serangan udara Rusia itu menyasarkan IS atau tidak.

Menurut Kerry, sekiranya tentera Rusia menunaikan janjinya untuk membanteras IS, maka AS akan cuba menangani pertikaian antara kedua-dua negara tersebut dalam operasi serangan udara di Syria.

Tambah beliau lagi, pihaknya amat prihatin terhadap serangan udara Rusia di Syria sama ada bertujuan untuk membanteras IS atau melindungi pemerintah Bashar al Asad.

Tegas beliau, tentera bersekutu yang diketuai AS telah melancarkan sebanyak 3,000 kali serangan udara ke atas IS, namun tindakan ini tidak bermaksud AS menyokong pemerintah Bashar al Asad.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China