Cari:
Piagam PBB Patut Lebih Dinamik
2015-10-02 14:28:10 CRI Cetak
Perhimpungan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-70 mengadakan perdebatan peringkat tinggi yang bertemakan pemeliharaan keamanan dan keselamatan antarabangsa semalam. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Pengerusi perhimpungan Agung PBB, Mogens Lykkentoft menyeru masyarakat antarabangsa mematuhi Piagam PBB dan menjadikannya lebih dinamik. Ban Ki-moon ketika berucap pada sesi perdebatan itu berkata, dunia sedang mengalami pelbagai perubahan berikutan globalisasi, urbanisasi, migrasi dan perubahan struktur populasi. Oleh itu, ancaman baharu termasuk perubahan iklim dan jenayah siber semakin berleluasa. Walau bagaimanapun, Piagam PBB masih merupakan prinsip asas masyarakat antarabangsa.   Ban Ki-moon menyeru masyarakat antarabangsa menghindari konflik dan menyelesaikannya melalui dialog secara damai. Lykkentoft berkata, keamanan merupakan pemacu kepada penubuhan PBB 70 tahun yang lalu. Konflik masih wujud di pelbagai tempat di dunia, maka PBB harus berusaha meneruskan visinya. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa agar terus berusaha demi memperkukuh Piagam PBB.   
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China