Cari:
Trafik Sempena Cuti Umum Hari Kebangsaan Lancar
2015-10-02 14:29:05 CRI Cetak

Tarikh 1 Oktober merupakan hari pertama cuti umum Hari Kebangsaan China.

Setakat pukul 5.00 petang semalam, laporan trafik di lebuh raya dan kawasan pelancongan utama adalah normal. Tiada kemalangan teruk yang menyebabkan kematian melebihi 5 orang atau kesesakan jalan raya dalam tempoh yang panjang dilaporkan.

Menurut maklumat Jabatan Pengangkutan Kementerian Keselamatan Awam China, jumlah kereta di lebuh raya meningkat dengan ketara pada hari pertama cuti umum, namun secara keseluruhannya keadaan adalah normal.

Cuti umum sempena Hari Kebangsaan dari 1 hingga 7 Oktober ini. Ramai warga China melancong pada cuti umum ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China