Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov, semalam berkata, lebih 50 buah pesawat tentera udara Rusia menyertai serangan udara terhadap sasaran kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.
Menurut Konashenkov, Rusia melancarkan serang udara terhadap IS sejak 30 September lalu.
Kira-kira 20 pesawat udara menyerang lapan sasaran darat IS pada waktu siang, manakala lapan pesawat lagi melancarkan serangan udara ke atas empat sasaran darat pada waktu malam.
Tambah beliau lagi, serangan udara tersebut memusnahkan beberapa sasaran darat IS, antaranya termasuk pusat arahan IS di provinsi Idleb dan kilang pengeluaran bahan letupan IS yang terletak di utara bandar Homs.
Dalam pada itu, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan semalam, AS dan Rusia telah mengadakan dialog baharu mengenai cara untuk mengelakkan perselisihan antara kedua-dua negara itu ketika melancarkan serangan terhadap IS di Syria.