Cari:
Rusia: Serangan Udara di Syria untuk Banteras IS
2015-10-02 14:13:05 CRI Cetak

Serangan udara Rusia di Syria bertujuan untuk membanteras kumpulan militan Negara Islam (IS) sebaliknya bukan untuk melindungi pemerintah Bashar al Assad.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York semalam.

Menurut beliau, Rusia melakukan serangan udara berdasarkan permohonan Presiden Syria, Bashar al Assad dan tujuannya adalah untuk membanteras kumpulan pengganas.

Tambah beliau lagi, pendirian Rusia dalam membanteras keganasan adalah tegas dan sasarannya termasuk IS, Jabhat al-Nusra dan kumpulan keganasan yang lain. Dalam hal ini, Rusia mempunyai pendirian yang sama dengan Amerika Syarikat (AS).

Pasukan udara Rusia menghantar 20 pesawat untuk melancarkan serangan udara ke atas lapan sasaran darat IS di Syria pada 30 September lalu.

Serangan tersebut adalah kali pertama Rusia melancarkan serangan udara di Syria.

Selepas itu, Setiausaha Negara AS, John Kerry menyatakan bahawa pihaknya amat prihatin dengan motif serangan udara tersebut.

Menurut beliau, tidak terdapat kegiatan IS atau al-Qaeda di kawasan serangan udara Rusia tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China