Cari:
717 Maut Konflik Kekerasan dan Serangan di Iraq
2015-10-03 15:36:16 CRI Cetak
Berdasarkan pengumuman Pasukan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Iraq semalam, konflik kekerasan dan serang ganas di Iraq pada bulan September lalu telah mengakibatkan 717 orang terbunuh, dan 1216 lagi cedera.

Menurut pengumuman itu, antara jumlah mangsa maut dalam bulan September, 537 orang merupakan rakyat jelata, 180 orang lagi merupakan anggota pasukan keselamatan Iraq. Manakala antara jumlah mangsa cedara termasuk 925 rakyat jelata dan 291 orang anggota pasukan keselamatan.

Selain itu, disebabkan situasi keselamatan kurang baik dan perkhidmatan awam terputus di provinsi Anbar, jumlah kematian dan kecederaan mungkin lebih tinggi daripada statistik yang diumumkan oleh jabatan kesihatan provinsi itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China