Cari:
Sidang Kemuncak di Paris Bincang Isu Ukraine dan Syria
2015-10-03 15:11:22 CRI Cetak

Presiden Perancis, François Hollande, Canselor Jerman, Angela Merkel, Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Ukraine, Petro Porochenko mengadakan rundingan dua hala dan pelbagai hala di jabatan Presiden Perancis semalam untuk membincangkan situasi di timur Ukraine, pelaksanaan Perjanjian Minsk baharu dan krisis di Syria.

Menurut laman sesawang jabatan Presiden Ukraine, Hollande bersetuju untuk mengadakan lawatan rasmi ke Ukraine atas undangan Presiden Ukraien, Petro Porochenko ketika rundingan dua hala.

Media Perancis melaporkan bahawa topik rundingan Sidang Kemuncak di Paris itu asalnya untuk membincangkan krisis di Ukraine. Krisis di Syria pula menjadi topik perbincangan berikutan orang ramai memberikan perhatian terhadap serangan udara oleh Perancis dan Rusia di Syria baru-baru ini.

Pada masa ini, negara-negara Barat telah menyatakan kesediaan untuk berunding dengan Syria, dengan prasyat Presiden Bashar al-Assad meletakkan jawatan. Namun Rusia berpendapat bahawa Bashar tidak sepatutnya meletakkan jawatan.

Menurut tokoh diplomatik Perancis, Hollande dan Putin mengadakan rundingan mendalam mengenai tiga syarat yang dikemukakan oleh Perancis, iaitu, membanteras militan Negara Islam (IS), menjaga keselamatan orang awam Syria, dan melaksanakan peralihan kerajaan berdasarkan Perjanjian Geneva.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China