Cari:
Penilaina Positif kepada Sumbangan China demi Pembangunan Dunia
2015-10-03 15:17:18 CRI Cetak

Bersempena dengan ulang tahun ke-66 penubuhan Republik Rakyat China (RRC), masyarat antarabangsa masing-masing memberikan penilaian positif terhadap kejayaan cemerlang yang dicapai oleh republik ini dan sumbangannya demi pembangunan dan keamanan dunia.

Ahli akademik dari Institut Timur Jauh, Akademi Sains Rusia, Yakov Berger menyatakan bahawa China mencapai kejayaan yang amat besar dalam pembangunan sosioekonomi selama 66 tahun selepas penubuhan RRC. Kerajaan baharu China mengambil banyak tindakan demi menangani masalah menonjol di negara ini, khususnya tindakan antirasuh yang mencapai hasil yang mengagumkan.

Naib Pengerusi Khural Besar Negara Mongolia, Enkhbold menyatakan bahawa, sosioekonomi China berkembang mapan, kekuatan bersepadu negara dan kewibawaannya di arena antarabangsa semakin meningkat pada beberapa tahun kebelakangan ini. Kerajaan China telah berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pembaharuan ekonomi. China memainkan peranan penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi global, memelihara keamanan dunia dan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China