Cari:
Rusia Perhebat Usaha Perangi IS
2015-10-04 15:57:35 CRI Cetak

Melalui serangan udara selama 3 hari, tentera udara Rusia sudah berjaya melemahkan keupayaan bertempur kumpulan militan Negara Islam (IS). Rusia akan terus memperhebat usaha untuk membanteras kumpulan militan tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Operasi Markas Turus Am Angkatan Bersenjata Rusia, Andrey Kartapolov semalam.

Menurut beliau, Rusia sudah mengemukakan cadangan kepada AS supaya negara itu mengundurkan pakar dan penasihatnya dari kawasan yang terlibat dalam serangan udara Rusia serta menghentikan penerbangan di kawasan tersebut.

Kartapolov juga menyatakan, Rusia bersedia bekerjasama dengan semua negara terlibat untuk menangani ancaman keganasan, dan menyeru supaya negara-negara lain berkongsi informasi mengenai kumpulan pelampau di Syria dan Iraq.

Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev ketika diawawancara semalam menyatakan bahawa operasi tentera udara Rusia tersebut bertujuan untuk melindungi rakyat Rusia daripada ancaman keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China