Cari:
Perdebatan Umum UNGA ke-70 Berakhir
2015-10-04 15:59:30 CRI Cetak

Siri sidang kemuncak bersempena dengan ulang tahun ke-70 penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilabuhkan tirai, selepas sesi perdebatan umum Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-70 berakhir di ibu pejabat PBB, New York semalam.

Presiden UNGA ke-70, Mogens Lykketoft dalam ucapan penutup pada sesi tersebut menyatakan bahawa pemimpin pelbagai negara telah menegaskan semula komitmen terhadap matlamat dan prinsip Piagam PBB, serta kedudukan PBB sebagai teras dalam kerjasama antarabangsa.

Menurut beliau, konflik Syria, krisis pelarian, proses damai Asia Barat, keganasan dan pembaharuan misi pengaman PBB menjadi fokus sesi perdebatan tersebut. Dalam pada itu, beberapa negara telah menyerahkan pelan tindakan bagi menangani perubahan iklim kepada PBB, yang turut menyediakan asas untuk pencapaian perjanjian iklim global dalam persidangan perubahan iklim yang dijadualkan dua bulan lagi di Paris.

Berhubung dengan agenda pembangunan pasca 2015 yang baru diluluskan, negara-negara membangun bersependapat bahawa penunaian komitmen negara-negara maju penting untuk menjamin pelaksanaan agenda tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China