Cari:
19 Maut Serangan Udara terhadap Hospital Afghanistan
2015-10-04 15:26:53 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 19 terbunuh dalam serangan udara terhadap hospital kendalian badan perubatan kebajikan, Doctors Without Borders (MSF) di Kunduz, Afghanistan pada pagi 3 Oktober lalu. Tentera AS mungkin bertanggungjawab di­ sebalik serangan berkenaan.

MSF dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa 12 anggota perubatan dan tujuh pesakit termasuk tiga kanak-kanak, terkorban dalam serangan tersebut. Serangan itu turut menyebabkan 37 orang lagi cedera.

Sehubungan dengan itu, Presiden AS, Barack Obama menyatakan bahawa Pentagon telah memulakan siasatan terhadap serangan udara itu.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataan menerusi jurucakapnya mengecam keras serangan udara tersebut, di samping menuntut siasatan berkenaan dijalankan sehingga ke akar umbinya.

Tentera NATO yang ditempatkan di Afghanistan mengakui bahawa tentera AS melancarkan serangan udara ke atas beberapa sasaran di Kunduz pada pagi 3 Oktober lalu. Serangan itu mungkin telah merosakkan institusi perubatan yang berhampiran dengan sasaran berkenaan. Siasatan terhadap insiden tersebut sedang dijalankan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China