Cari:
Bantuan China Sejajar Konsep Berkongsi
2015-10-04 17:02:26 CRI Cetak

Program bantuan luar China sejajar dengan konsep "komuniti berkongsi sesama manusia" dan komitmen negara ini untuk mewujudkan pembangunan bersama dengan negara-negara membangun lain.

Demikian dinyatakan oleh pegawai Jabatan Bantuan Luar, Kementerian Perdagangan China ketika mengulas langkah-langkah bantuan luar yang diumumkan oleh Presiden Xi Jinping dalam sidang kemuncak bersempena dengan ulang tahun ke-70 penubuhan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.

Menurut pegawai itu, langkah-langkah tersebut bertumpu kepada lima aspek. Pertama, menubuhkan Tabung Bantuan Kerjasama Selatan-Selatan bagi menyokong pembangunan di negara-negara membangun lain selepas tahun 2015; kedua, membatalkan hutang pinjaman negara-negara membangun yang mundur; ketiga, melaksanakan inisiatif "Enam 100" yang bertujuan untuk membantu negara-negara membangun lain memajukan ekonomi dan menambah baik kesejahteraan rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang; kempat, menubuhkan Institut Pembangunan dan Kerjasama Selatan-Selatan bagi membantu negara-negara membangun lain memupuk modal insan; dan kelima, membantu negara-negara membangun lain melaksanakan 100 program kesihatan wanita dan kanak-kanak serta 100 Program Sekolah Ceria, di samping menjemput 30 ribu wanita dari negara-negara tersebut untuk mengikuti latihan di China.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China