Cari:
Bank Dunia Naikkan PGK
2015-10-05 15:21:47 CRI Cetak
Bank Dunia semalam mengumumkan, menurut pengiraan Pariti Kuasa Beli (PPP), piawaian garis kemiskinan (PGK) antarabangsa dinaikkan kepada USD1.9 daripada USD 1.25 setiap orang sehari.

Ketua ahli ekonomi Bank Dunia, Kaushik Basu menyatakan bahawa kenaikan tersebut adalah kesan kenaikan harga barangan dunia sejak tahun 2005.

Bank Dunia telah menaikkan PGK, namun taraf kemiskinan sebenar masih belum berubah.

Menurut statistik Bank Dunia, jumlah penduduk miskin di Asia Timur dan Pasifik, Asia Selatan serta Sub-Sahara Afrika mencatat 95 peratus jumlah kemiskinan dunia.

Sub-Sahara Afrika menyumbang separuh jumlah tersebut, manakala Asia Timur menyumbang 12 peratus. Di kawasan yang berkonflik dan terlalu bergantung pada eksport komoditi pukal, masalah kemiskinan amat teruk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China