Cari:
Angka Korban Serangan Udara di Kunduz Meningkat
2015-10-05 14:03:21 CRI Cetak

Jumlah kematian dalam serangan udara terhadap hospital kendalian agensi sukarela, Doctors Without Borders (MSF) di Kunduz, Afghanistan pada 3 Oktober lalu, kini meningkat kepada 22 orang, antaranya 12 orang anggota perubatan dan 10 orang pesakit, termasuk tiga orang kanak-kanak.

MSF dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, pusat trauma MSF di Kunduz dibom beberapa kali dan mengalami kerosakan teruk. Serangan itu adalah bersifat "jenayah perang".

MSF menuntut supaya siasatan sehingga ke akar umbi dan telus dijalankan terhadap insiden tersebut. 

Menurut kenyataan itu, MSF tidak menerima sebarang laporan mengenai berlakunya konflik di hospital berkenaan sebelum tentera AS melancarkan serangan udara.

Tentera NATO yang ditempatkan di Afghanistan mengakui bahawa tentera AS melancarkan serangan udara ke atas beberapa sasaran di Kunduz pada pagi 3 Oktober lalu.

Serangan itu mungkin turut merosakkan institusi perubatan yang berhampiran dengan sasaran berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China