Cari:
PBB Lulus Resolusi Banteras Fahaman Ekstremis
2015-10-05 14:37:16 CRI Cetak

Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi mengenai usaha mencegah dan membanteras fahaman ekstremis yang diserahkan Amerika Syarikat dan beberapa negara lain pada 2 Oktober lalu. China tidak mengundi untuk resolusi tersebut.

Delegasi China ketika memberikan penjelasan selepas pengundian itu berkata, China mengesyorkan kerjasama masyarakat antarabangsa dalam usaha membanteras keganasan.

Usaha itu perlu dijalankan berdasarkan prinsip Piagam PBB dengan menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara terbabit. Majlis Keselamatan PBB perlu memainkan peranan penting dalam hal ini. China menentang usaha membanteras fahaman ekstremis ini dijalankan secara dwistandard.

Menurut delegasi China, resolusi berkenaan dianggap kurang seimbang. Rusia yang mewakili China dan beberapa negara lain telah menyerahkan cadangan pindaan terhadap resolusi itu, namun tidak diterima. Oleh itu, China tidak mengundi untuk resolusi tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China