Cari:
Ahli Farmasi China Terima Hadiah Nobel 2015
2015-10-06 14:58:57 CRI Cetak

Institut Karolinska Sweden semalam mengumumkan ahli farmasi China, Youyou Tu, saintis Ireland, William C Campbell dan saintis Jepun, Satoshi Omura berkongsi Hadiah Nobel 2015 dalam Fisiologi atau Perubatan atas sumbangan mereka dalam bidang kajian perubatan penyakit berparasit.

Tu merupakan saintis China pertama yang memenangi hadiah tersebut, dan juga wanita ke-12 dalam sejarah Hadiah Nobel yang menerima hadiah berkenaan.

Ganjaran untuk Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan tahun ini berjumlah 8 juta Krona Sweden (kira-kira USD 920 ribu). Tu memperoleh separuh ganjaran tersebut, dan bakinya dikongsi oleh kedua-dua ahli sains yang lain.

Sumbangan Tu yang paling cemerlang ialah pasukan penyelidikan yang diketuai oleh beliau telah berjaya menghasilkan ubat antimalaria baharu, iaitu Artemisinin dan Dihydroartemisinin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China