Cari:
Asia Timur Tetap Penjana Ekonomi Dunia
2015-10-06 15:33:21 CRI Cetak

Ekonomi rantau Asia Timur diunjur mencatat pertumbuhan pada kadar 6.5 peratus bagi tahun 2015, lebih rendah berbanding tahun lepas, iaitu 6.8 peratus.

Walau bagaimanapun, rantau ini tetap menjadi penjana utama ekonomi dunia, dengan menyumbang dua perlima pertumbuhan ekonomi global.

Demikian menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia semalam.

Laporan tersebut menyebut, kadar pertumbuhan ekonomi China dijangka mencatat kira-kira 7 peratus pada tahun ini.

Pertumbuhan ekonomi China akan terus perlahan berikutan transformasi ekonomi ke arah yang berorientasikan penggunaan domestik dan sektor perkhidmatan.

Ketua Ahli Ekonomi bagi Rantau Asia Timur dan Pasifik Bank Dunia, Sudhir Shetty berkata, pertumbuhan ekonomi negara-negara membangun di Asia Timur dijangka perlahan ekoran pelaksanaan langkah menyeimbangkan semula ekonomi oleh China dan proses penormalan kadar faedah AS.

Walaupun pengubahsuaian yang dibuat oleh kedua-dua kuasa ekonomi itu bakal mendatangkan pergolakan kepada pasaran kewangan, namun langkah tersebut memang diperlukan demi pertumbuhan mampan jangka panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China