Cari:
Media Barat Didakwa Buruk-burukkan Operasi Rusia di Syria
2015-10-07 15:14:59 CRI Cetak

Rusia mendakwa media-media Barat memburuk-burukkan operasi tentera udara Rusia dalam usaha membanteras kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova semalam berkata, sejak Rusia melancarkan serangan udara terhadap sasaran militan IS di Syria, banyak media Barat telah membentuk pakatan anti-Rusia, dan memetik sumber berita yang "tidak sahih" untuk mendakwa operasi Rusia itu bertujuan bagi membanteras puak pembangkang di Syria.

Ketika menyentuh dakwaan AS bahawa Rusia enggan menyertai pakatan antarabangsa yang diketuai AS dalam usaha memerangi IS, jurucakap itu berkata, serangan udara yang dilancarkan oleh pakatan tersebut ke atas kumpulan pelampau di Syria melanggar undang-undang antarabangsa.

Rusia tidak akan menyertai pakatan itu sebelum mendapat persetujuan daripada kerajaan Syria yang sah dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China