Cari:
DPRK Gesa AS Tandatangani Perjanjian Damai
2015-10-08 14:13:25 CRI Cetak

Kerajaan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sekali lagi mencadangkan pihak Amerika Syarikat (AS) untuk menandatangani perjanjian damai, dan menunggu maklum balas daripada negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar DPRK berkata, perjanjian gencatan senjata Korea telah pun ditandatangani lebih 60 tahun yang lalu, namun keamanan masih belum wujud di Semenanjung Korea.

AS dan Korea Selatan sering kali mengadakan latihan ketenteraan di sekitar kawasan Semenanjung Korea, ini telah meningkatkan risiko berlakunya insiden dan kejadian di luar jangkaan.

Tambah beliau lagi, membatalkan perjanjian gencatan senjata dan menandatangani perjanjian damai merupakan pendekatan asas untuk mengelakkan kejadian yang serius daripada berlaku.

Pada 25 Jun 1950, Perang Korea tercetus. Pada 27 Mei 1953, kedua-dua pihak yang terlibat dalam perang itu telah menandatangani Gencatan Senjata Korea. Oleh sebab dokumen itu bukan perjanjian damai, ini bermakna perang tersebut masih belum tamat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China