Cari:
China Seru Galakkan Proses Perdamaian dan Pembangunan Semula Afghanistan
2015-10-08 14:40:04 CRI Cetak

China menyeru masyarakat antarabangsa mempergiat proses perdamaian dan pembangunan semula di Afghanistan.

Seruan itu dinyatakan oleh Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Wu Hailong ketika berucap pada mesyuarat peringkat tinggi tentang isu pelarian Afghanistan, persidangan ke-66 Majlis Eksekutif Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Geneva semalam.

Beliau menyatakan, peperangan dan pergolakan menjadikan Afghanistan sumber pelarian yang terbesar di dunia. Asalkan pembangunan semula dan pembangunan sosioekonomi negara itu dilaksanakan, masalah pelarian baru dapat diselesaikan secara menyeluruh.

Beliau menyeru masyarakat antarabangsa memberikan bantuan dan sokongan kewangan kepada Afghanistan dan negara-negara jirannya, meningkatkan penyelarasan dengan pelbagai pihak, terus menggalakkan keamanan dan toleransi dalam menyelesaikan isu pelarian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China