Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova menyatakan semalam, operasi pasukan udara Rusia di Syria adalah untuk tujuan antikeganasan.
Maria Zakharova menyatakan bahawa misi utama tindakan ketenteraan Rusia di Syria adalah untuk mengukuhkan pemerintahan Syria dan menyerang kumpulan pengganas. Rusia telah memaklumkan kepada rakan sekutu di Asia Barat mengenai maklumat tersebut.
Katanya, Kementerian Pertahanan Rusia sentiasa menyediakan maklumat secara menyeluruh tentang serangan udara negara itu di Syria kepada masyarakat antarabangsa. Khabar angin yang menyatakan sasaran serangan udara Rusia terhadap kemudahan awam tidak benar.