Cari:
Transformasi Ekonomi China Bermanfaat kepada Dunia
2015-10-09 17:46:34 CRI Cetak

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antabangsa (IMF), Christine Lagarde menyatakan pertumbuhan ekonomi China yang menjadi perlahan adalah dalam jangkaan dan ini bermanfaat kepada pertumbuhan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Lagarde berkata demikian ketika menghadiri persidangan IMF di Lima, Peru semalam.

Beliau berkata, China kini beralih kepada model pertumbuhan ekonomi janaan penggunaan dan prestasinya cukup baik. Pergolakan tidak dapat dielakkan dalam proses transformasi ekonomi sesuatu entiti ekonomi.

IMF juga menjangkakan penggunaan dalam negeri akan menjadi penjana utama pertumbuhan ekonomi China selepas negara ini melaksanakan pembaharuan kewangan, insurans sosial dan syarikat milik negara.

Dunia akan memperoleh manfaat hasil daripada perubahan tersebut.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China