Doctors Without Borders (MSF), agensi perubatan antarabangsa, mengadakan sidang akhbar di Kabul, Afghanistan semalam, menyeru pihak ketiga melaksanakan siasatan bebas atas insiden serangan udara yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) terhadap sebuah hospital di Kunduz, Afghanistan.
Menurut Ketua Pengarah MSF, Christopher Stokes, badan antarabangsa pihak ketiga perlu terlibat dalam siasatan insiden tersebut bagi menjamin ketelusan dan kebertanggungjawapan.
Menurut beliau, badan perubatan tidak sepatutnya menjadi sasaran serangan. Tindakan melancarkan serangan udara terhadap hospital kendalian MSF melanggar undang-undang antarabangsa.
Pusat trauma MSF di Kunduz telah dibom beberapa kali pada 3 Oktober lalu, menyebabkan 12 pekerja dan 10 pesakit termasuk tiga kanak-kanak terkorban.
Komander tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Afghanistan, Jeneral John F. Campbell, telah mengakui tentera AS tersilap mengebom sebuah hospital di Kunduz.