Cari:
Lawatan Xi akan Buka "Zaman Keemasan" Hubungan China-Britain
2015-10-09 13:14:53 CRI Cetak

Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Britain bulan ini akan membuka "zaman keemasan" hubungan China-Britain.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang semalam.

Menurut beliau, lawatan Xi kali ini akan menetapkan hala tuju perkembangan hubungan China-Britain, mempergiat kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara dalam pelbagai sektor dan merintis zaman keemasan hubungan dua hala.

Tambah beliau lagi, Dialog Ekonomi dan Kewangan China-Britain ke-7 diadakan di Beijing pada 21 Sptember lalu. Ini telah membuat persiapan bagi lawatan Xi kali ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Britain menempuhi pelbagai cabaran, antaranya termasuklah krisis hutang Eropah dan kelembapan ekonomi global. Pertukaran perdagangan dan kerjasama pelaburan terus berkembang. Ini menunjukkan bahawa ekonomi China dan Britain saling melengkapi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China