Cari:
Dokumen Pembunuhan Nanjing Disenaraikan dalam Daftar Ingatan Dunia
2015-10-10 15:48:32 CRI Cetak

Sebanyak 11 set dokumen tentang tragedi pembunuhan beramai-ramai di Nanjing semasa Perang Dunia II disenaraikan secara rasmi dalam Daftar Ingatan Dunia (MOW). Permohonan tersebut dikemukakan bersama oleh tujuh badan termasuk Muzium Peringatan Mangsa Pembunuhan Beramai-Ramai di Nanjing.

Sidang ke-12 kongres perundingan antarabangsa projek Peringatan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) diadakan di Abu Dhabi pada 4 hingga 6 Oktober lalu.

Sebanyak 14 orang penasihat telah mengadakan perbincangan tentang permohonan yang dianjurkan oleh pelbagai negara.

Pada malam 9 Oktober lalu, UNESCO mengumumkan keputusan untuk memasukkan dokumen tentang pembunuhan Nanjing dalam MOW.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China