Cari:
95 Terkorban dalam Serangan Bom di Ankara
2015-10-11 14:29:10 CRI Cetak

Sekurang-kurangnya 95 orang terkorban, manakala 246 lagi cedera dalam kejadian letupan bom di Ankara, Turki semalam.

Pada kira-kira pukul 10.00 pagi semalam, dua letupan bom berlaku apabila orang ramai berhimpun di sekitar stesen kereta api utama Ankara.

Setakat ini, tiada pertubuhan atau individu mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata, Turki telah mengisytiharkan tiga hari sebagai tempoh bergabung selain daripada siasatan rapi bagi menyiasat kejadian yang dianggap paling buruk dalam sejarah negara itu.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengutuk keras serangan bom itu dan menegaskan letupan itu berlaku apabila orang ramai berhimpun aman. Beliau berharap pihak yang bertanggungjawab dapat dikenakan tindakan secepat mungkin.

Selain itu, Kesatuan Eropah, NATO, Jerman, AS, Rusia masing-masing mengutuk keras serangn bom di Ankara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China