Cari:
Dialog Baharu AS dan Rusia
2015-10-11 14:49:29 CRI Cetak

Amerika Syarikat (AS) dan Rusia melakukan dialog pusingan baharu mengenai kaedah mengelakkan perselisihan ketenteraan dalam serangan udara yang menyasarkan Negara Islam (IS) di Syria.

Jabatan Pertahanan AS mengeluarkan kenyataan semalam yang menyatakan bahawa jabatan dan kementerian pertahanan kedua-dua negara itu telah mengadakan rundingan mengenai kaedah melaksanakna penerbangan yang selamat demi mengelakan berlakunya insiden dalam serangan udara masing-masing di Syria.

Menurutnya kenyataan itu, kemajuan dicapai dalam rundingan video itu. Kedua-dua negara akan terus mengadakan dialog seumpama itu.

Rusia mula melancarkan serangan udara terhadap IS di Syria pada 30 September lalu. Dialog pertama antara Rusia dengan AS diadakan pada 1 Oktober lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China