Cari:
Dua Terkorban dalam Serangan di Baitulmuqaddis
2015-10-11 15:00:43 CRI Cetak

Dua insiden warga Palestin menyerang warga Israel berlaku di Baitulmuqaddis semalam, mengkibatkan lima warga Israel cedera, manakala dua penyerang warga Palestin maut ditembak.

Menurut jurucakap polis Israel, pada pagi semalam, seorang pemuda warga Palestin yang berumur 16 tahun menikam dua warga Israel dengan menggunakan pisau. Pemuda itu ditembak mati oleh polis. Manakala kes kedua berlaku pada petang semalam, seorang warga Palestin menikam tiga polis Israel dengan pisau. Penyerang turut ditembak mati oleh polis.

Selain itu, konflik kekerasan berlaku antara polis Israel dengan orang Palestin di kem pelarian Shuafat, Baitulmuqaddis Timur. Tunjuk perasaan dan konflik turut berlaku di beberapa bandar Arab di Israel.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam menyatakan bahawa pihaknya akan menambah beberapa ratus polis di Baitulmuqaddis. Beliau mencela Palestin menghasut kekerasan dan melakukan serangan.

Dalam pada itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas ketika menghubungi Setiausaha Negara AS, John Kerry melalui telefon menyatakan bahawa Isreal mesti menghalang penduduk di pusat penempatan Yahudi menyerang warga Palestin dengan naungan pasukan tentera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China