Cari:
16 Negara Galak Kerjasama E-dagang
2015-10-12 15:11:52 CRI Cetak

Sidang kemuncak koperasi antara negara-negara yang terlibat dalam "Satu Jalur, Satu Laluan" (OBAOR) diadakan di bandar Kunming, provinsi Yunnan, China semalam.

Koperasi dari 16 buah negara, termasuk China, Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar, Vietnam, Korea Selatan, New Zealand dan Sri Lanka memeterai Deklarasi Tindakan Kunming untuk sama-sama mendorong kerjasama dalam e-dagang.

Deklarasi tersebut menyebut, e-dagang mengubah amalan perniagaan antarabangsa.

Koperasi pelbagai negara perlu proaktif dalam mengubah suai strategi perniagaan bagi memenuhi keperluan e-dagang.

Dalam pada itu, koperasi peringkat negara yang berperanan penting dalam menggalakkan perdagangan, termasuk e-dagang, akan berusaha untuk mengeratkan hubungan antara koperasi negara-negara tersebut.

Pegawai Persekutuan Koperasi Bekalan dan Pemasaran China (ACFSMC), Xu Mingfeng berkata, pemeteraian deklarasi berkenaan akan turut mendorong kerjasama perdagangan, termasuk e-dagang rentas sempadan di rantau Asia Pasifik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China