Cari:
Perhimpunan Peringati Mangsa Serangan Bom di Turki
2015-10-12 12:36:23 CRI Cetak

Beribu-ribu penduduk Turki semalam mengadakan perhimpunan di sebuah dataran di pusat bandar Ankara untuk memperingati mangsa insiden serangan bom yang berlaku sehari sebelum itu.

Selain membantah dengan keras serangan bom yang berlaku di kawasan berhampiran dengan Stesen Kereta Api Sentral Ankara pada pagi 10 Oktober lalu, para peserta perhimpunan itu turut mengkritik kerajaan kerana gagal mengambil tindakan keselamatan yang berkesan.

Dua serangan bom berani mati berlaku di kawasan berhampiran dengan Stesen Kereta Api Sentral Ankara ketika ratusan peserta menyertai perhimpunan aman yang dianjurkan Persatuan Sekerja Turki dan Parti Demokratik Rakyat.

Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada malam 10 Oktober lalu, serangan berkenaan menyebabkan sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh dan 246 orang lagi cedera, termasuk 65 yang cedera parah.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan serangan itu berniat untuk menjejaskan keamanan, perpaduan dan kestabilan negara. Kerajaan turut mengumumkan hari berkabung selama tiga hari.

Setakat ini, belum ada sebarang kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.  

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China