Cari:
China Yakin Capai Matlamat Basmi Kemiskinan
2015-10-12 16:55:48 CRI Cetak

Matlamat China untuk mengurangkan 10 juta lagi penduduk miskin pada tahun ini dijangka boleh dicapai. Kerajaan China akan terus melaksanakan pelbagai pendekatan bagi membantu golongan miskin pada masa akan datang.

Demikian dinyatakan oleh Naib Pengarah Jabatan Pembasmian Kemiskinan Dewan Negara, Hong Tianyun, di Beijing hari ini.

Menurut data yang dikeluarkan kerajaan, China telah berjaya mengurangkan jumlah penduduk miskin lebih daripada 10 juta orang pada tahun 2013 dan 2014.

Pada separuh pertama tahun ini, purata pendapatan per kapita penduduk di kawasan desa yang mundur mencatat peningkatan yang lebih tinggi daripada kadar yang sama di kawasan luar bandar seluruh negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China