Cari:
Presiden Xi Ucap Takziah kepada Turki
2015-10-13 14:29:11 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat takziah kepada rakan sejawatnya dari Turki, Recep Tayyip Erdogan, atas insiden serangan bom yang berlaku di negara itu pada Sabtu lalu.

Xi berkata, beliau terkejut dengan serangan bom di Ankara yang mengakibatkan kematian dan kecederaan teruk. Beliau, bagi pihak kerajaan dan rakyat China, mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga mereka.

Tegas beliau, China menentang keganasan dalam apa-apa juga bentuk dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang menyasarkan orang awam seperti itu.

China bersedia untuk bersama-sama dengan Turki dan masyarakat antarabangsa bagi menangani ancaman keganasan.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri China, Li Keqiang juga mengutus kawat takziah kepada rakan sejawatnya dari Turki, Ahmet Davutoglu. Li menyatakan bahawa China menyokong usaha kerajaan dan rakyat Turki untuk memelihara keselamatan dan kestabilan negara serta memerangi keganasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China