Cari:
Kota London Alu-alukan Lawatan Presiden Xi
2015-10-13 15:06:32 CRI Cetak

Kota London mengalu-alukan lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Britain. Lawatan kali ini akan menjadi asas yang kukuh bagi perkembangan hubungan China-Britain untuk jangka masa panjang, sekali gus mengeratkan hubungan kedua-dua negara dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Dasar dan Sumber Kota London, Mark Boleat semalam.

Beliau berkata, kerjasama China-Britain dalam sektor perkhidmatan kewangan berkembang pesat berkat sokongan kerajaan kedua-dua negara. Pengantarabangsaan renminbi (RMB) telah menjadi bahagian penting dalam kerjasama kewangan kedua-dua negara.

Kota London berharap kerjasama tersebut dapat diperkasakan bagi meningkatkan keefisienan dan keberkesanan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan RMB, serta menggalakkan pertumbuhan urus niaga RMB di seluruh dunia.

Beliau turut melahirkan harapan agar semasa tempoh lawatan Presiden Xi, China dan Britain dapat mengintensifkan kerjasama dua hala dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta pelaburan bagi mendorong pembangunan mampan kedua-dua negara.

Datuk Bandar Kota London, Alan Yarrow pula menyatakan bahawa beliau berharap agar lawatan Presiden Xi ke Britain dapat memperkasakan hubungan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China