Forum Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan Global bakal diadakan di Beijing pada 16 Oktober ini. Presiden China, Xi Jinping, akan menyampaikan ucaptama dalam forum itu.
Forum tersebut bertemakan "Ganding Bahu Basmi Kemiskinan demi Pembangunan Bersama".
Menurut Naib Pengarah Jabatan Penerangan Dewan Negara, China mencapai kemajuan yang amat ketara dalam usaha membasmi kemiskinan berikutan pelaksanaan pelbagai program pembasmian kemiskinan yang berorientasikan pembangunan di seluruh negara.
Walau bagaimanapun, usaha tersebut tetap berdepan dengan cabaran yang besar, terutamanya untuk mencapai matlamat mengurangkan lebih 70 juta penduduk miskin menjelang tahun 2020.
Tambah beliau lagi, China adalah negara membangun yang paling awal mencapai matlamat mengurangkan separuh penduduk miskin berdasarkan Matlamat Pembangunan Milenium PBB.