Forum Xiangshan ke-6 akan diadakan di Beijing pada 16 hingga 18 Oktober ini, dihadiri menteri-menteri pertahanan dari 16 buah negara iaitu Malaysia, Kemboja, Pakistan, Tajikistan, Timor Leste, Nepal, Brunei Darussalam, Maldives, Indonesia, Vietnam, Singapura, Laos, Mongolia, Filipina, Myanmar dan Sri Lanka.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen turut menghadiri forum tersebut dan menyampaikan ucapan.
Setakat ini, 49 buah negara dan empat buah pertubuhan antarabangsa telah mengesahkan penyertaan mereka pada forum ini.
Forum kali ini bertemakan "Kerjasama Keselamatan Asia Pasifik: Realiti dan Wawasan".