Cari:
Rancangan Lima Tahun ke-13 China Jadi Tumpuan
2015-10-14 15:08:40 CRI Cetak

Sidang Pleno ke-5 Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) ke-18 bakal diadakan di Beijing pada 26 hingga 29 Oktober ini. Hal ini bermaksud rancangan lima tahun ke-13 mengenai pembangunan sosioekonomi China akan diperkenalkan, yang turut menjadi tumpuan dunia.

Laman web German Finance Online menyiarkan, sidang yang penting ini diadakan dengan latar belakang ekonomi China berada pada tahap "normal baharu" yang mana pertumbuhannya lebih perlahan.

Rancangan lima tahun yang baharu bukan sahaja menentukan hala tuju pembangunan China pada masa depan, malah akan membawa kesan pada proses pemulihan ekonomi dunia.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura melaporkan, memandangkan ekonomi China berdepan dengan tekanan kemerosotan yang besar, pemimpin negara ini dijangka akan memperkenalkan dasar baharu untuk merangsang ekonomi, di samping menurunkan sasaran pertumbuhan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China