Purata tahunan pertumbuhan ekonomi China dijangka mencatat hampir 8 peratus dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-12, iaitu dari tahun 2011 hingga 2015.
Angka ini menduduki tempat teratas antara entiti-entiti ekonomi utama di dunia.
Laporan yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Negara (NBS) semalam menunjukkan pertumbuhan ekonomi China tetap mengekalkan prestasi yang mantap berikutan langkah-langkah pembaharuan dan pengubahsuaian struktur.
Purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan mencatat 8 peratus dalam tempoh antara 2011 hingga 2014.
Agregat ekonomi negara ini pula mencecah kira-kira USD 10 trilion pada tahun lepas, menduduki tempat kedua di dunia.
Dalam pada itu, industri perkhidmatan telah menjadi industri terbesar di China seiring dengan pengubahsuaian struktur ekonomi.