Cari:
China, Singapura Terokai Kerjasama Serantau
2015-10-14 14:08:25 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli menghadiri Sidang Ke-8 Majlis Bersama bagi Kerjasama Bilateral(JCBC) China-Singapura pada 13 Oktober lalu. China dan Singapura membincangkan usaha untuk menggalakkan program kerjasama ketiga antara kerajaan kedua-dua negara di samping sebulat suara bersetuju untuk melaksanakan pembinaan substantif projek tersebut dengan secepat mungkin.

Salah satu topik utama yang dibincangkan dalam sidang ini adalah "kesalinghubungan dan sektor perkhidmatan moden". Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan kedua-dua negara meneroka bidang baharu dalam program kerjasama ketiga. Kedua-dua pihak berpendapat, program kerjasama strategik yang bakal dijalankan di bahagian barat China itu akan memacu pembangunan sosioekonomi tempatan.

Kini, bandar Chongqing, Chengdu di provinsi Sichuan, dan Xi'an di provinsi Shaan'xi merupakan tiga pilihan bagi pelaksanaan program kerjasama baharu itu. Menurut Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Singapura (SCCCI), Thomas Chua Kee Seng, Chongqing dan Chengdu mungkin menjadi pilihan muktamad berikutan mempunyai infrastruktur yang agak lengkap dan sempurna. Beliau berpendapat bahawa para pelabur harus memfokuskan kepada sektor logistik atau industri pelancongan.

Baik Taman Industri Suzhou (SIP) yang dibina sejak 1990-an, mahupun Bandar Ekologi Tianjin China-Singapura yang bertujuan untuk menangani perubahan iklim dan program kerjasama ketiga antara kerajaan yang menyasarkan bahagian barat China pada masa ini, kedua-dua negara sentiasa komited untuk meneroka kerjasama model baharu.

Mesyuarat Majlis Pemandu Bersama Taman Industri Suzhou (SIP) ke-17 dan Mesyuarat ke-8 Majlis Pemandu Bersama Bandar Ekologi Tianjin China-Singapura yang juga diadakan dalam tempoh lawatan Zhang Gaoli ke Singapura juga akan membincangkan projek pembinaan wadah teladan yang menyediakan perkhidmatan bagi pelabur asing yang menyasarkan Singapura, rantau ASEAN bahkan negara-negara sepanjang "Laluan Sutera Maritim Abad ke-21" di SIP.

Kesalinglengkapan dalam bidang ekonomi dan perindustrian antara China dan Singapura juga menggerakkan hubungan bilateral berkembang maju di rantau ASEAN.

Presiden Institut Pengajian Longus Singapura (LIDS), Koh Chin Yee berpendapat, Singapura menyediakan modal, teknologi, kemahiran profesional serta wadah yang dapat bergabung dengan pasaran antarabangsa kepada pelabur dan syarikat China, manakala China membawa pelbagai peluang pelaburan kepada Singapura. Kombinasi sempurna seumpama ini menggalakkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara berkembang pesat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China