Cari:
Dialog Politik Peringkat Tinggi ke-2 China-Jepun
2015-10-15 15:05:12 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Setiausaha Keselamatan Negara Jepun, Syotaro Yati bertukar-tukar pendapat tentang hubungan dua hala dari perspektif strategik dalam dialog politik peringkat tinggi China-Jepun ke-2 kelmarin.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Asia, Kementerian Luar China, Kong Xuanyou, yang mengiringi Yang Jiechi dalam dialog tersebut.

Menyentuh isu sejarah, Yang menegaskan, isu tersebut berkaitan dengan asas politik hubungan China-Jepun.

Beliau berharap agar Jepun dapat menangani isu tersebut dengan baik dan mengambil iktibar daripada sejarah demi masa depan.

China membantah tindakan Jepun yang menghalang dokumen mengenai Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing diwartakan sebagai Warisan Kenangan Dunia.

China menuntut Jepun meneliti sejarah dengan jujur dan bermuhasabah bagi mendapatkan semula kepercayaan masyarakat antarabangsa.

Menyentuh isu Laut China Selatan, Yang menyatakan bahawa keadaan di Laut China Selatan stabil pada ketika ini.

China tetap berpegang kepada pendirian bahawa kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan perlu dijamin mengikut undang-undang antarabangsa.

China berharap Jepun berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan dan melaksanakan tindakan dalam isu-isu berkenaan demi keamanan dan kestabilan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China