Cari:
China Giat Majukan E-dagang di Kawasan Luar Bandar
2015-10-15 15:00:09 CRI Cetak

Kerajaan China akan melaksanakan pelbagai pendekatan bagi memajukan e-dagang di kawasan luar bandar negara ini.

Pendekatan-pendekatan itu turut dibincangkan dalam mesyuarat eksekutif Dewan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Li Keqiang di Beijing semalam.

Antara pendekatan tersebut termasuklah pertama, menggalakkan penglibatan modal sosial dalam sektor e-dagang bagi merancakkan perniagaan produk industri dan hasil pertanian antara desa dengan bandar; kedua, membaiki kemudahan pengangkutan, telekomunikasi dan logistik di kawasan desa; ketiga, mewujudkan persekitaran penggunaan yang baik dan menyediakan modal insan untuk e-dagang; dan keempat, melaksanakan dasar keutamaan dari segi pinjaman kewangan kepada sektor e-dagang di kawasan desa.

Kerajaan pusat juga akan memperuntukkan dana sebanyak RMB 140 bilion bagi memperbaiki perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar, dengan menyasarkan 98 peratus kampung di seluruh negara mendapat akses kepada jalur lebar menjelang tahun 2020.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China