Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan rasmi ke Britain pada 19 hingga 23 Oktober ini.
Dalam tempoh lawatan tersebut, Xi akan menyampaikan ucapan di Galeri Diraja, bangunan Parlimen negara itu.
Demikian diumumkan oleh Duta Besar China ke Britain, Liu Xiaoming, semalam.
Ini merupakan kali pertama pemimpin China menyampaikan ucapan di Parlimen Britain.
Pengerusi Kumpulan China Parlimen Semua Parti Britain (APPCG), Richard Graham, ketika diwawancara berkata, pihaknya mengalu-alukan kunjungan Presiden Xi di Parlimen Britain dan menanti-nanti ucapan beliau.
Hal ini dapat membantu ahli parlimen Britain untuk memahami dengan lebih jelas dasar domestik dan luar China serta konsep pentadbiran Presiden Xi.